Monday, March 26, 2007

KESAN-KESAN PENCEMARAN AIR

Apabila berlaku pencemaran air, berbagai-bagai masalah terpaksa dihadapi. Di antaranya ialah:-

a) Peningkatan kos pembersihan dan bekalan minuman

b) Hidupan air ( ikan, udang, dan lain-lain ) terancam.

c) Kesihatan terganggu ( Penyakit-penyakit yang dibawa oleh air )

d) Gangguan penggunaan kemudahan rekreasi

e) Penggunaan air bersih terjejas.

KAWALAN PENCEMARAN

Undang-undang di bawah akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 ( Pindaan 1996 ), Peraturan-peraturan untuk mengawal pencemaran air telahpun dikuatkuasakan iaitu:-

1)Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling ( Premis Yang Ditetapkan) (Minyak Kelapa Sawit Mentah)1977- P.U(A)342/77- untuk mengawal pelepasan effluen dari kilang kelapa sawit

2)Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Getah Asli Mentah) 1978-P.U (A)338 / 78- untuk mengawal pelepasan effluen dari kilang getah.

3)Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar ( Kumbahan dan Effluen-effluen Perindustrian) 1979 - P.U (A) 12 / 79 - untuk mengawal pelepasan kumbahan dan effluen dari industri-industri ( selain dari kilang getah dan kelapa sawit ).

4)Garis PanduanCara kawalan pencemaran air bukan undang-undang dilaksanakan melalui :-

a)Garis-garis pencemaran bagi penempatan dan pengezonan industri-industri.

b)Garis-garis panduan bagi kawalan dan pencegahan hakisan tanah dan kelodakan.

c)Garis-garis panduan bagi pengurusan Sisa-sisa Pepejal.


No comments: